• 9789670448619
  • 2nd photo
  • 3rd photo
1/3

Awas, Kalau Dah Suka! (Malay Novel)

Regular price
S$ 10.00
Regular price
S$ 0.00
Sale price
S$ 10.00

Kerana kasih pada si adik, Trish sanggup memperjudikan hidupnya dalam perkahwinan yang diatur oleh keluarga, dengan harapan si adik sedar kasih yang cuba dia sampaikan. Namun sia-sia. Malah, Riya membuatkan rumah tangganya berantakan apatah lagi setelah mengetahui kebenaran yang cukup menyakitkan. Setulus kasih dia cuba mewarnakan perkahwinan itu tetapi tidak membawa erti kepada Tengku Afif Akmani. Apa yang lelaki itu inginkan hanyalah imbuhan atas perkahwinan yang dirancang oleh bapa mereka. Biar seikhlas mana pun Trish menabur kasih, suaminya tetap angkuh dalam keegoan. Dan Trish tertanya-tanya, apakah pengakhirannya sebuah duka yang melatari hidupnya itu? Apa yang membuatkan kembarnya menjauh pergi dan berubah laku?

Tidak adakah ruang di hati Tengku Afif Akmani untuk dirinya?

“ Kasihku tak perlukan bait bicara, aku hanya mahu kita bersama hingga akhir usia. ”